Saturday, September 8, 2012

UJIAN~

Assalammualaikum. Bismillahirrahmannirrahim.
" Sesungguhnya Allah tidak akan memberi sebarang ujian sekiranya hamba-Nya tidak mampu memikul ujian itu"

ya Allah.. aku terima ujian-Mu malam ini. Bantulah hamba-Mu. kuatkanlah aku. Permudahkanlah segala urusanku. 
trully~
Farahazirahjohan

Friday, August 31, 2012

Syukur . .

Bismillahirahmannirahim, Assalammualaikum.

Subhanallah. 
besar rahmat yang engkau beri pada hambaMu. 
disaat dia kesusahan, Engkau berikan jalan dan memberi kesenangan.
disaat dia kesedihan, Engkau berikan kegembiraan.
disaat dia jatuh tersungkur, Engkau memberi kekuatan untuknya bangkit semula.
disaat dia berasa kecewa, Engkau berikan dia kesabaran.
dan disaat dia berniat untuk berubah menjadi lebih baik, Engkau memberinya peluang dan menghadirkan insan2 yang baik disisinya... 
subhanallah. Syukur.

ya Allah. bantulah hambaMu. kuatkanlah hatinya. cekalkan dirinya.
ade perubahan yang ingin dia lakukan. bantulah dia agar dy mampu istiqamah.
Engkau kekalkanlah dia dengan insan2 yang baik2 bersamanya untuk menuju redhaMu.

"aku bersyukur padaMu ya Allah. "

trully,
Farahazirah..

Monday, May 14, 2012

belajar dari kesilapan . .

ASSALAMMUALAIKUM~

kita hanya manusia biasa, yang sering kali melakukan kesilapan. jadi kita kena sentiasa perbaiki kesilapan kita.

  • suara wanita yang bukan ajnabi mendayu untuk lelaki yang bukan ajnabi adalah haram. suara wanita menyanyi untuk lelaki adalah haram. 
  • lelaki yang bukan ajnabi yang menyentuh wanita bukan ajnabi perlu bertanggungjawab keatas wanita itu sehingga mati. 

kadang2 kita jahil tentang hukum2 islam. tapi kita perlu mempelajarinya sedikit demi sedikit untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan juga berkongsi antara satu sama lain. 
islam merupakan agama yang mudah~ *saya juga sedang belajar~

alhamdulillah~ malam ni tersedar dari kesilapan yang pernah dilakukan dalam persahabatan kami. 

haram hukumnya apabila wanita menyanyi untuk lelaki atau wanita yang bernyanyi tetapi didengari oleh lelaki yang bukan mahramnya (yang boleh dinikahi) .
ya! banyak kali saya dah sebenarnya dengar tentang itu. tapi manusia kadang2 leka dan alpa tentang apa yang telah diketahui tapi masih melakukannya~ 
jadi sekarang, belajar dari kesilapan,dan jangan ulangi kesilapan yang sama.. 

syukur alhamdulillah~ gembira sebab sepanjang perkenalan kami,kami sedar dan tahu batas2 pergaulan antara kami. jaga tingkah laku antara kami.
semoga selepas kami akan lebih berhati2 . . 

# terima kasih sebab berkongsi ilmu yang awak dapat & sedarkan kita tentang apa yang salah selama ini. 
lepas ni kita sama2 perbaiki apa yang salah tuh semoga ukhuwah kita diberkati Allah insyaallah. 
sama2 kite tegur apa yang salah. ya? ^_^

sahabat till Jannah  . . 





Monday, March 26, 2012

Wahai Lelaki, Mengertilah Hati Wanita ~

Seandainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2. . 
trully :
farahazirah johan

Friday, March 23, 2012

sebuah pertemuan . .

mulanya sebuah pertemuan dan persahabatan :)

pertemuan yang diizinkan oleh Allah dan ikhlas diterima oleh keduanya. . pertemuan yg terjalinnya sebuah ikatan persahabatan. 
persahabatan seorang hawa dan adam. walaupon mereka telah saling kenal, namun sebuah peristiwa dan keadaan telah mengeratkan hubungan mereka dan membuatkan mereka mencipta sebuah ikatan persahabatan.

peristiwa manis yang berlaku telah mengukir kenangan pada kedua2nya. hawa menanggap adam seorang sahabat yg sangat baik dan mampu membimbingnya kearah kebaikan. hawa senang dengan adam kerana adam seorang yg taat pada perintah agama, mempunyai ciri2 seorang khalifah, prihatin dan bertanggungjawab. adam selalu membimbing dan memberi semangat pada hawa setiap kali hawa berada dalam kesusahan atau kesedihan. hawa pasti akan berasa semangat kembali selepas adam, memberinya kata2 semangat. 
" seharusnya untuk lebih sempurna hidup ini, jadilah kita seperti pokok.. walaupon dibaling batu atau kayu tapi kita tetap membalasnya dengan buah. Walaupun orang melemparkan kata2 yang tidak menyenangkan pada kita tetapi kita tetap akan membalasnya dengan budi pudi pekerti dan adab sopan yang ada pada kita."

adam selalu nasihatkan hawa supaya sentiasa senyum :)
" mulakan pagi dengan senyuman kerana senyuman itu dapat menggembirakan kamoo"

hawa seorang yang lemah. dy juga seorang yg suka pendam perasaannya. dan disebab itu, hawa sentiasa berasa sedih. . satu hari adam menasihatkan hawa.
" setiap terbit mentari semoga Allah memperbaharui iman mu.. walataqof wala tahzan innaallah hama'ana. . "

hawa bersyukur kerana allah telah menemukannya dengan adam. walaupun hawa tahu bahawa tidak lama lagy mereka tidak akan pernah berjumpa, tapi jaoh disudut hati hawa, dia amat berharap agar adam tetap mengingatinya sebagai sahabat. 
hawa sangat menghargai hubungan ini. menghargai kehadiran adam didalam hidupnya sebagai sahabatnya selamanya. bagi hawa, sekali bersahabat..selamaya tetaplah sahabat.

untukmu sahabat . . 

Sunday, March 4, 2012

HAPPY BIRTHDAY SUE!

this is just a short entry for my best friend. 
DEAR SUE,
happy birthday yang ke 19 tahun :)
semoga awak berjaya didunia & akhirat.
semoga sentiasa bahagia & ceria selalu.
promise me to be my friend for ever.. yaa? :D
just a simple present for you ~ :)
hope u like it...



truly : 
FARAH HAZIRAH JOHAN


Monday, February 27, 2012

RINDU !

rindu~ yup! that's what i'm feel right now...
harini perasaan rindu tuh membuak2.. rindu kat sapa?? :)

suhaidah mohamad~

cik sue . . aku tersangat rindu kao giler2 mok! dah lama tak jumpa kao. 
tak tawu kenapa haty aku harini menjerit2 rindu n nak sangat jumpa kao. 
cuty haritu aku sangat sedih sebab aku dapat jumpa yang laen..tapi tak jumpa kao.
bila la nak ade masa utk jumpa & hang out sama2?  kite sangat sibuk sekarang. time aku cuty kaw tak cuty. time kao cuty aku lak ta cuty. perasan tak lama dah tak jumpa? :'(
honestly , aku rindu! + aku sayang kao sangat2 . . 
*menaip dengan perasaan yang sangat sebak.!
# specially for u :)
kite kawan sampai akhir hayat.
<3 u soo much!