Friday, March 23, 2012

sebuah pertemuan . .

mulanya sebuah pertemuan dan persahabatan :)

pertemuan yang diizinkan oleh Allah dan ikhlas diterima oleh keduanya. . pertemuan yg terjalinnya sebuah ikatan persahabatan. 
persahabatan seorang hawa dan adam. walaupon mereka telah saling kenal, namun sebuah peristiwa dan keadaan telah mengeratkan hubungan mereka dan membuatkan mereka mencipta sebuah ikatan persahabatan.

peristiwa manis yang berlaku telah mengukir kenangan pada kedua2nya. hawa menanggap adam seorang sahabat yg sangat baik dan mampu membimbingnya kearah kebaikan. hawa senang dengan adam kerana adam seorang yg taat pada perintah agama, mempunyai ciri2 seorang khalifah, prihatin dan bertanggungjawab. adam selalu membimbing dan memberi semangat pada hawa setiap kali hawa berada dalam kesusahan atau kesedihan. hawa pasti akan berasa semangat kembali selepas adam, memberinya kata2 semangat. 
" seharusnya untuk lebih sempurna hidup ini, jadilah kita seperti pokok.. walaupon dibaling batu atau kayu tapi kita tetap membalasnya dengan buah. Walaupun orang melemparkan kata2 yang tidak menyenangkan pada kita tetapi kita tetap akan membalasnya dengan budi pudi pekerti dan adab sopan yang ada pada kita."

adam selalu nasihatkan hawa supaya sentiasa senyum :)
" mulakan pagi dengan senyuman kerana senyuman itu dapat menggembirakan kamoo"

hawa seorang yang lemah. dy juga seorang yg suka pendam perasaannya. dan disebab itu, hawa sentiasa berasa sedih. . satu hari adam menasihatkan hawa.
" setiap terbit mentari semoga Allah memperbaharui iman mu.. walataqof wala tahzan innaallah hama'ana. . "

hawa bersyukur kerana allah telah menemukannya dengan adam. walaupun hawa tahu bahawa tidak lama lagy mereka tidak akan pernah berjumpa, tapi jaoh disudut hati hawa, dia amat berharap agar adam tetap mengingatinya sebagai sahabat. 
hawa sangat menghargai hubungan ini. menghargai kehadiran adam didalam hidupnya sebagai sahabatnya selamanya. bagi hawa, sekali bersahabat..selamaya tetaplah sahabat.

untukmu sahabat . . 

No comments:

Post a Comment